Friday, April 12, 2013

Sumber kolagen

Dalam 2-3 bulan lalu aku ada post pasal rumapi laut berkolagen.Klik sini
Kemudian ada satu blog ni mendedahkan kebenaran tentang kolagen ni. Maka aku search punye seacrh punye gugel dan gugel memang tak dapat pun jurnal perubatan atau yang berkaitan tentang kesohehan rumpai laut ada kolagen. 

Sedikit pencerahan la yek... Kolagen ni adalah salah satu protein yang terdapat secara SEMULAJADI dalam tubuh badan manusia/haiwan yang mana ianya menyambungkan tisu2 dalam badan ni.. Semakin meningkat usia, penghasilan kolagen dalam tubuh badan menjadi semakin berkurangan. Protein asid amino; hydroxylysine dan hydroxyproline adalah sangat penting untuk pembentukan kolagen. Sumber asid amino yang biasa diperolehi adalah dari haiwan. Produk kosmetik berkolagen mengandungi kolagen hydrolisis di mana ianya kebanyakkannya diperolehi dari sumber haiwan (tulang, kulit, urat2). Penghasilan melibatkan proses kimia yang melibatkan pemecahan ikatan molekul dengan cara heating, penggunaan asid dan alkali. (details pi gugel sendirik...) Lagi satu sumber untuk tingkatkan kandungan kolagen dalam badan adalah dengan memakan makanan yang ada vitamin C.

Kenapa vitamin C? (ehh dah jadik blog subjek kimia kah?... ) Kerana vitamin C boleh menukarkan lysine kepada hydroxylysine dan proline kepada hydroxyproline (kedua2nya adalah untuk pembentukan kolagen). 

Pengambilan kolagen merujuk juga kepada pengambilan protein dalam diet kerana kolagen juga adalah protein. Jadi pastikan tidak mengambil jumlah protein yang berlebihan dalam diet kerana protein berlebihan tidak boleh disimpan dalam badan ia akan bertukar menjadi lemak.... akibatnya??..Lu pk la sendiri... Dan penyakit lain yang muncul seperti diarhiea, jantung, dehydration, ginjal, hati...aaahhh memacam le... 

Kesimpulannya di sini, adalah tidak masuk akal direct consumption ke atas rumpai laut otomatik dpt kolagen kerana kolagen tidak boleh didapati secara direct dari makanan. Kita hanya boleh makan makanan yang jadi SUMBER kepada penghasilan kolagen. Rumpai laut pula bukan sumber direct hasilkan kolagen dalam badan. Ia ada mengandungi asid hyaluronik (salah satu sumber untuk hasilkan kolagen) yang mana ianya juga terdapat banyak dalam tulang rawan haiwan seperti ayam. Takyah susah2 carik seaweed, makan tulang rawan ayam je pun bolehhh.... 
Untuk tingkatkan kolagen dalam badan, makanlah buah2n, sayur2n kerana ia mengandungi banyak vitamin C (pi gugel ape buah/sayur tu...); lain-lain sumber adalah dari soya, sayuran hijau, kekacang, 'cold water fish (salmon, tuna) dan lain2.

Tulisan di atas adalah seringkas2nya dan untuk tahu lebih lanjut, rajin2lah gugel yek... amat penting kita tahu apa yang kita makan. Kalau kita tanya penjual, of coz la semuanya bagus umpama tanya "manis tak buah ni?" Mesti la dijawabnya maniskan? Lagi satu kebanyakan kapsul kolagen (selain bhn kosmetik) di pasaran adalah sumber kolagen hydrolisis yang mana mostly dari haiwan (kecuali dinyatakan sumber dari tumbuhan). 

**Bagaimanapun rumpai laut itu sendiri memang mengandungi mineral dan vitamin yang berfaedah kepada tubuh badan. Tulisan ini sekadar untuk memberitahu rumpailaut/seaweed tu bukan kolagen seperti yang digembar gemburkan. 

No comments: