Thursday, December 22, 2011

Hari lahirku

Hepi bday to me yang ke 37! Woww... 3 tahun lagi menuju ke 40!! Woww...dan wowww lagik...
Tiap2 tahun pasti akan terima ekad dari KP... hehehe...
Pertama kali di hari lahirku tanpa ucapan dan kucupan kasih sayang dari ibu tercinta... miss u so much mak! Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buatku sepanjang hayatmu. Semoga roh ibuku sentiasa dibawah rahmatmu dan kasih sayangmu Ya Allah. Al-Fatihah!

Friday, December 16, 2011

Berseminar dan bercuti di Batu Feringghi

Setelah lebihkurang 8 tahun tak jejak kaki ke Penang, akhirnya pada 8-11 Dis baru2 ni dapat aku ke sana bersama2 dengan suami dan anak2. Last pegi dulu masa bujang lagi. La ni haaa dengan 4 hero dan satu kepala hero! Hu Huu...

Tuk seberang ke pulau tuh, kami pilih tuk naik feri. Anak2 belum pernah rasa naik kenderaan laut. Haaa punya la dorang excited. Nak nak plak kete kitorang depan sekali, so, pe lagi, seme keluar dari kete tengok pemandangan dari atas feri. Ngan mak bapaknya pun sama excited.

Masuk je pulau pinang, nak pakai gps, henpon incik hubby plak baterinya kiok! Hishh... hangin gak le sbb dah soh dah charge bio full, sib bawak bekalan peta. Tapi amat malang sekali ikut peta pun sesat sbb dah le malam, tulisan2 kat lorong2 tu kecik bebeno. Bila ikut map (guna google map) dia bagi laluan masuk lam town. Padahal laluan mudah ada. Hishh nyusahkan org la map nih. Dah la kami berpusing2 baper kali komtar tu haa... sampai aku naik fobio kalo nampak komtar SEBAB dijamin akan berpusing lagik! Ayooo.... sampai kitorang pk, kalo sampai tengahmalam gak tak jumpa jalan pi bt feringgi, stay le memana hotel dulu. Sok sensiang la carik. Anak2 aku seme nampak dah boring dan penat. Sian dorang. Tapi sungguh mengagumkan bila si kecik Emmir langsung tak bersuara! Wahhh Emmir suka jalan2 ek?? Bley dia dok diam lelama dalam kete. Dia tatau mak bapak dia ni dah tensen dengan tak senang duduk dah lam kete tu. Aduiii.... Akhirnya...setelah sejam lebey dok 'tawaf' kat georgetown tu...akhirnyaaaaaaaa berjaya jumpa jalan. Bukan pe, kitorang dok la membebel2 dan ngomel, awat lam penang ni signboard tak mesra alam? Susah benar la nak jumpa signboard. kalo ada kang terselit2 bawah pokok. trafic lite dah le berlambak2 lam town, awat tak bubuh signboard??? Jalan dah le banyak sehala dah tu karang jumpa cabang, hang nak pi kiri ke kanan??? Haaaa..... mana tak kompius??? kat cabang tu pun amat penting boh signboard. Salah belok, amekaw!!! Kalo seminggu aku dok Penang, aku rase aku mmg leh dah hapal jalan. Lagipun dok sinun tetiap ari pun kami keluar jalan. Lepas dari kesesatan masa nak dtg tu, kami tak sesat dah...terer dah....hehehe....

Stay di Bayview Beach Resort, Bt. Feringghi. Aku ada Int. Congress of The Malaysian Society for Microbiology selama 3 hari. Cam bese pi seminar bentang poster je ler. Tuk oral, mintak mahap buat masa nih. Hotel ni bersebelahan dengan Hard Rock Cafe hotel. Menarik hotel ni, bilik luas, makanan sedap dan byk pilihan. Swimming pool besar. Belakangnya laut dan byk aktiviti outdoor seperti jetski, payung terjun dengan bot. Huhhh incik hubby nak try tapi tak berkesempatan. kalo dia try, aku nak join gak. Memang agak ngeri tapi mcm syok.

Ohya! Abah dan adik bongsu aku pun join sama. Tapi dorang tiba sehari lewat. Kalo la arwah mak ada bersama, mesti dia pun seronok dapat jalan2 mcm ni.

Bilik yang agak luas. Aku book thru online, so, dapat le rate murah time tu iaitu RM182 termasuk tax. Cuma brekpes tak termasuk. Tapi tu takde masalah, kedai makan depan hotel je..Atas sikit dari hotel, menuju ke teluk bahang ada restoran nasik kandaq! Hang dah mai penang, pekena nasik kandaq laaaa.... hehehe....

Bilik air ada seperate room tuk shower dan bath tab. Senang, takde le nak berebut mandi.

Hari kedua pi Bukit Bendera atau Penang Hill. Kami pakai gps, tak sesat la.. Gps bagi jalan shortcut dari hotel. Berpusing2 jalan dia, kalah Bukit Putus. Gambo di atas hanya gambo pada tiket.
Hanya gambo ini je yang sempat diambil sebelum sekali lagi kedua2 hp aku dan incik hubby kiok! Kamera tak bawak sbb misplace. Tah memana letak, memasing tak ingat. Tapi anak2 mmg la excited gile dpt naik train. Train tu kan kenderaan kegilaan bebudak ni. Ciann anak2ku, takde gambar kenangan kat sini. Tunggu la sok2 ada seminar ke miting kat sini ke, kita pi lagik. Nak harap pi bercuti sendiri, tiada kelapangan waktu. Lagipun incik hubbynya cuti amat terhad. Tuk pi sini pun dekat 2 bulan awal aku dah bgtau dia awal2. Kira mmg wajib pegi. Tak bley tak. Hehehe....
Alaahh tersesah sini plak gambo bilik air; sblh kanan ada bath tab dan jamban. Yang depan tu bilik shower. Tapi tak semua bilik camnih. Bilik abah aku cam bilik air bese cuma bilik dia lagiiii luas. TV pun lcd. Dan bilik tuk sebenarnya rate lagi tinggi tapi disebabkan dah booked awal, terpaksa pihak hotel reserved tuk abah aku. Bilik standard bese dah penuh! Cuti sekolah kannn....
Pemandangan di ambil dari atas feri guna henpon kurang pintar aku. takpela dia tak pintar, janji byk jasanya terutama bab2 amik gambo. Gambar2 lain lam hp incik hubby yg belum diuploadkan.

Friday, December 2, 2011

My only 'doter'

Ni le satu-satunya anak pompuan aku... sebaya emmir pun, beza 2 bulan jek...eh ehh camne tu?? Gegel sorang ni anak buah aku yakni anak adik laki aku. Satu-satunya bunga di dalam taman yang penuh ngan kumbang.... heheheee.... tak sabar tunggu awek ni besar sket, bley belikan menan pompuan; Barbie ke, Strawberry shortcake ke...eeeiii geram tgk menan2 gegel....

Bulat budak pompuan ni... pehtu suke nangih lak tuh....

Alaa laaa tomey mami.... Qhayra Adrianna

Keyra ngan abgnya si peminat fanatik otomen, Aqil...

Sumber gambar: dicilok sesuka ati dari FB mama budak 2 orang ni... hehehe....

Monday, November 21, 2011

Hadiah untuk guru

Cuti sekolah telah pun bermula. Tapi sekolah anak aku (Genius Aulad) belum cuti lagi. Tu mujur cikgu tepon lastwik berkenaan rehersal majlis Ihtifal isnin dan selasa ni. Aku tanya rabu cuti ke? Cikgu kata sekolah macam biasa sbb belum cuti lagi... lerrr... sib baik...kalo tak harus aku mencutikan anak aku dah... hu huuu...

Kira aku dah terberi adiah awal le tuk cikgu2 sekolah Luth. Ekceli bukan apa, saja la aku suka nak bg adiah kat cikgu2 yang mengajar kelas Luth tanda terima kasih. Tahun lepas pun aku ada adiahkan kain sepasang sorang tuk ustazah2 di Tadika Irsyad. Taon ni kita bagi bende2 kiut le plak... so, kebetulan time surfing2 blog orang, aku jumpa beberapa blog pasal bende2 kiut ni. Dan blogger bertuah (ecehhh...) yang aku pilih ialah blogger Kedai Adik untuk menghasilkan kusyen seperti gambo di bawah. Gambo dikirimkan oleh owner blog tersebut. Aku maleh nak amik gambo sendiri so pakai gambo yg diemelkan kepadaku ni je la...

Comey tak??? Tq to Hidawati.

(Kredit gambar juga untuk Hidawati @KedaiAdik)

Monday, November 14, 2011

Putera Bongsu

Selalu dengar puteri bongsu.... tapi yang ni putera bongsu. Putera bongsuku, Emmir dah boleh duduk, bangun/berdiri sambil pegang kerusi atau ape2 je... merangkak mmg laju, sekelip mata dah ke mana2 tah.... tapi aku tak kisah dia cepat ke lambat jalan... lambat2 sket pun takpe... bukan pe, sok sok dah pandai berjalan, mau jenuh nak mengejarnya... ni pun jenuh betul la nak dok angkat dia setiap kali merangkak ke tempat2 yang tidak sepatutnya... bley kurus mami (ni pun org selalu tego "ehh dah kurusss laaa"......cewahhh tang mana kurus pun aku tatau...)

Hari terbuka tadika Luth

Tempat: Perkarangan Genius Aulad BBBangi
Tarikh: 1 Oktober 2011

Dah sebulan lebey baru nak upload sini.... ape taknya, amik gambar guna henpon...tu yg lambat tu...kamera tah memana tah.... bila guna henpon, leceh sket, nak kene bluetooth dulu ke netbook tu pun bila rajin bila tingat dan bila ada masa terluang dan baby Emmir dok main sendiri. kalo tak, tangguh2 je ler...

Kelas Luth; 6 Madeenah join dengan kelas ape tah ...luper dah...

Luth ujungggg sekali sebelah kiri. Nyanyi lagi 25 org rasul, lagu 10 malaikat dan tak ingat gak..

Lepas persembahan bg Luth mkn dan minum. Juadah disediakan.

Aku, sampai2 je tgk ada hidangan, terus pi amik sbb lapo tak sempat bekpes. Sekali balik ke kerusi, dah diambil org....cessss....hampeh betoi.... duduk le bertenggek kat laluan kaki lima... ohya dadi Luth keje, tak dapek le nak join sama...

Makan kapkek jek... lenlain dia takmo.... pe laa...

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Cilok dari FB adik aku...

pssst mek; mintak tepek sini eh? :-))

Ohh aku pun takmo terlepas mencoret sesuatu pada tarikh yang cantik itu.

Tapi mmg kalo bukan tahun 2011 pun setiap tahun aku akan coretkan juga pada 11 november kerana harini adalah Ulangtahun Perkahwinan Mak Abah ku yang ke-38! Cumanya, tahun ini agak kurang bermakna sbb mak sudah tiada bersama kami. Aku masih terasa-rasa dan sering terbayang-bayang suasana di mana mak tidak sedarkan diri di rumah dan sehingga ke akhir hayatnya 4 bulan yang lalu. Kalaulah mak masih ada, tentu dia gembira pada hari ini dengan ucapan daripada anak2nya. Bagaimanapun, aku tetap wish abah aku. Aku tak pasti abah buat2 lupa barangkali bila aku wish padanya dan kemudian tanpa respon terus tgk jam di tangannya. Kemudian baru dia bersuara dan berkata, "Abah lupa tarikh arini....." Aku tak tergamak nak wish lebih2 pun nanti aku yg sedih plak dan pasti abah pun sedih. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... cinta mak ku terhadap abah kekal hingga ke akhir hayatnya walaupun hanya dapat hidup bersama selama 37 tahun 8 bulan di dunia ini. Semoga kasih sayang mereka terus bersemadi selamanya dan semoga mak dan abahku akan tetap bersama suatu hari nanti di sana....

Tuesday, November 1, 2011

Pertemuan pendaki bukit, gunung dan seangkatan dengannya

Saja buat tajuk macam tu...
Secara teknikalnya small reunion kengkawan incik hubby. Bukan aku le pendaki tu...hehehe... Ada rupe pendaki gunung ke aku? Mendaki tangga ke hall A maeps tu pun dah buat aku semput... ni plak nak daki bukit? gunung? huiii tingginyaaa....

Hari sabtu bebaru ni kawan lama incik hubby jemput bbq ke rumahnya di puncak utama serdang. Jalan masuknya belakang Minlon. Uihhh byk dah perumahan dalam tu.... kalo tak pegi situ, mmg le aku tatau...

Mereka2 tu semua adalah rakan sependakian incik hubby. Incik hubby mase memuda/bujang dulu mmg kaki panjat gunung. Rasenye kebanyakan gunung2 di Mesia ni dah didakinya. Bukan takat daki2, yg larian panjat gunung turun gunung tu pun dia join. Terer laki aku ni yek?:-P Kengkawan dia kebanyakan bertemu jodoh sesama kawan pendaki gak cuma incik hubby aku ni jodohnya dengan pendaki tangga umah jek....kuikuikuiii...

Salah sorang kawan dia tu siap penah bawak anak kecik daki gunung. Kagum betol aku... aku nak bawak diri sendiri pun tak larat, ni kan plak bawak budak? Cayalah... anak2 lelaki aku ni seme belum ditrain mendaki... tah la dorang ni sok ikut jejak langkah dadinya ke tidak.... sibuk main game dan menan kete/ketapi jek...

Bergambo depan pintu masuk je... nak daki2 tak kuasa la makcik!! hehehe.... ohya...gambo tu masa baru kawen, tengah peknen anak sulung.... :-)

Sunday, October 23, 2011

Emmir is 7 months today

Arini 23hb Okt, genap 7 bulan dah...

Tapi emmir belum pandai merangkak lagi... dok goyang badan ke depan ke belakang... hehehe... takpe bio lambat2 sket...kalo tak jenuh mami nak kejar...

Thursday, October 20, 2011

Jadi cikgu selama 2 jam

Seronok jugak jadik cikgu org dewasa ni yek? Ye la kan, bila kita 'bercerita' subjek yang kita mahir dan sampaikan plak kepada yang kurang mahir pada subjek tu...dan bila mereka menjadik teruja bila bende2 kecik halus dan seni ni boleh pulak dibilang2... Itu la pengalaman menjadi penceramah jemputan di PLPP Wilayah Selatan di Ayer Hitam, Johor. Aku pegi dengan pemandu ofis, so, tak le letih dan bila ngantuk, sedap2 je le tido sbb ada org drivekan.

Aritu aku cuti beraya kan lama... balik jek opis dah boss suruh pegi bg ceramah plak... aku bab2 nak bercakap depan public ni le agak 'sakit'. Aku tanya bos, takde org lain ke selain aku kan? hehehe.... bos takde le paksa tapi disebabkan aku sendiri gagal memberi cadangan nama kepada bos, maka pada masa tu aku terpaksa rela la jawab; 'OK'. Maka bermulala hari yg agak tensen bagi aku.... tensen nak pk topik, nak buat slide dan lagi tensen bila pk kene bercakap depan org... Bila org jabatan pertanian dah fax surat jemputan sekali dgn modul kursus, agak tersentap le gak sbb bende2 tu aku tak pernah buat. Ada modul soh ajar hands-on... kalo aku bese buat, bley la... ni tak penah takkan nak ajar org buat bende kita tak penah buat. Aku call pegawai berkenaan, dia kata tu alternatif jek, aku bley bg apa2 tajuk yg berkaitan... ooo like that...so, senang le sket... tu pun konon ingat bley excuse kot mereka carik org lain yg bersesuaian dengan topik yang dorang nak, kan?..hahahaa... hampeh betoi....

Bila tiba harinya... peserta tak le ramai, maklumla bukan seminar tapi kursus efektif mikroorganisma... maka peserta2 semua terdiri daripada staf jabatan pertanian seluruh semenanjung. Mereka ni akan sampaikan pula pengetahuan yang dorang dapat kepada para2 petani. Mereka2 ni merupakan 'bahan rujukan' petani untuk bertanya itu ini.... Hari tu, alhamdulillah aku takde le plak rase gelabah ke ape ke .... maklum le kan, bukan presentation berbentuk teknikal... yg tu terkulat2 gak nak mencarik jawapab kalo kene soal. Sesi ceramah aku ada dua sesi, pagi dan selepas tea break. So 2 jam. Aku tak bercakap 2 jam, aku rase hampir sejam sesi soal jawab jek... mcm2 soalan mereka tanya, tapi seperti biasa, yang bertanya 2-3 orang yang aktif aje. Aku rase memana aku pi kursus pun camtu gak. Even lam kelas di sekolah atau universiti pun camtu kan, cikgu2 sekelian?... Hehehe....

Kesimpulannya, ok la gak bagi ceramah tuk kursus ni cuma satu jek la.... penattt le plak berdiri lelama.... hu huuu nampak sgt la dah berumur....

Saturday, October 15, 2011

Big Bad Wolf - Book Sale 2011

Bermula pada 7hb Okt lepas dan berakhir pada 16hb Okt, Ahad ni. Rugi betoi tak pegi 1st day tu... padahal sebelah je dgn ofis. Aku pegi hari Jumaat time lunch break. Buku kanak2 nampaknya yg best2 maybe dah takde... Aku tanya member yg dah pegi berkali2, dorang kata kalo awal2 aritu, byk lagi buku kanak2 jenis interactive tu... semalam aku pi, mcm tak jumpa pun... kalo ada pun dah buruk dan cabut2... So, aku cuma berjaya dapat 5 buku je tuk Luth dan Eimran; buku pasal Cars McQueen, Thomas dan Dinosour. Buku utk Qhaliff takde yg menarik bg aku sbb mickey mouse dan pooh dah berlambak kat umah. Aku punye le berangan kot ada buku Sesame Street dan Thomas yang interactive tu...bese jual kat mph lam 29.90 ke atas....ada yang 79.90... tapi takdeee....

Tapi mmg murah2 buku.... bese beli rege yg around rm10 tu dpt rm3....yg belas2 rm leh dpt lam 6-8 ringgit.... sape peminat novel, mau rambang mata. Tapi seme buku imported ler... Wokehla...moralnya kalo nextyear buat kat maeps, pastikan aku kene pegi 1st day...hehehe....

Ni plastic bagnya

Ni bookmark yg ada lam plastic bag tu
(kenapa big bad wolf? Aku tak paham...) --> pegi balik keje sblm ni aku tgk banner gambo wolf ni aku pelik... maklumla sdg drive tak dpt nak baca sgt... rupanya book sale...

Thursday, October 13, 2011

Bila markah prestasi minta dinaikkan.....

Ohh dah makin malas nak update blog... tah le, nak ikut takde pe nak citer...ada...tapi kemalasan melanda, takleh wat apa le..

Haaa.. sure korang2 seme ada dapat penilaian dari bos setiap taon kan? Beza gomen ngan sosta cara pengisian dan penilaiannya je la kan? Tetiap org mesti ada kriteria yang bos bg markah ikut tahap pencapaian memasing (ada satu perkataan aku nak tulis tapi aku lupa apakah perkataan tu...hemmmm). Tapi, pernah ke korang minta bos letak markah tinggi ke rendah ke?
Tu le yang aku alami... bila staf aku jumpa aku dan awal2 minta maaf dari aku; mcm bley agak je apa dia nak cakap (aku leh agak sbb kawan aku dah kene dulu).

Aku bukan kedekut markah pun. Aku pun nak bos bg aku markah tinggi kalo bleh... tapi kotla aku nak pi jumpa bos aku mintak2 or dlm erti kata lain beri peringatan lenkali bagi le markah tinggi2!! Gitu?... Hehhh... Lagi takleh nak terima dek akal aku ni minta markah tinggi sbb kawan2 lain dpt tinggi. Aik?..camtu plak? Bley plak minta nanti bg la lam 85 ke atas.... Lerrr...dia plak tetapkan.... lam pale aku dah ada satu plan, SKT taon ni sila isi sendiri dan cuba bg markah kat diri sendiri. Bg markah dengan jujur ikut kriteria yg dikehendaki. So, calculate sendiri baper jumlah yang bley dapat? Skala markah antara 1-10. Agak2 kalo jawab jujur bley dapat 80 ke atas tak??? Ce tengok nanti....

Patut aku bg 80 ke atas tu kira syukur la...tu pun aku dah adjust...tulis pakai pensel jek dulu...kang rendah kang tak patut plak....

Thursday, September 29, 2011

Bulan yang penuh dugaan

Kalau Allah nak duga, apa-apa pun boleh terjadi... Sebagai hamba Allah, perlulah kita redha dan terima ia sebagai ujian untuk kita sentiasa mengingati Allah, tingkatkan keimanan serta bersyukur dengan apa yang diberi kepada kita.

Aritu kereta aku yang dah tak berapa ensem tu kene hentam dari belakang. Syukurlah sbb kereta aje yang cedera. Mula2 aku malas nak claim insurans sbb nanti kete masuk bengkel lama. Tapi bila bonet belakang tak leh nak tutup, tanpa teragak2 lagi kete aku mmg wajib antar bengkel dan claim insurans org yang cederakannya. Bab kete aku, smlm call insurans seme dah approved. Call bengkel, tunggu turn nak cat...kira cepat gak le org Takaful ni..seminggu seme dah setel... kat bengkel je la skrg ni...harap2 minggu ni gak leh amik kete.
Kronologi kes: 13hb eksiden-14hb report polis-17hb beli barang, sekali bonet takleh tutup-19hb hantar kete ke bengkel-23hb call bengkel; insurans belum approved tapi kete dah tukar bumper dan ganti pape yg patut-28hb call insurans; approved. Call bengkel; Q tuk cat.

Selang seminggu selepas tu, suamiku pulak eksiden. Masa dapat call tu terkejut sungguh aku. Rupanya dia terlanggar 2 org bangla yang sedang melintas. Nak ikutkan bangla tu main lintas je, dah la baru lepas hujan, jalan licin, hari dah kelam2 (time maghrib)... turun bukit plak tu... maka mmg saja carik nahas si bangla ni bila melintas ikut suka hati dia dahtu jalan mcm pengantin.... haaaa mcm bola boling jadiknya (menurut suami aku ler)... suami aku pun tak tau pe jadik pada bangla2 tu sbb dia pun dah terseret lam 100m dan motor plak hempap dia. Terseret atas batu2 kerikil tepi jalan.... mujur gak takde kete yg lalu. Syukurlah sbb tak cedera teruk cuma masa tu luka2 akibat tertusuk batu2 dan tangan sblh kanan takleh gerak. Tu pun sbb pakai jaket 3 lapis. Lapisan pertama mmg teruk kat bahagian lengan. kalo le suamiku tak pakai jaket atau jaket nipis je....huhh tak dapat bayagkan cemana lengannya tu...eeeiii....

Maka ambulans pun datang dan bawak mereka bertiga ni ke hospital serdang. Aku mmg tak senang duduk. Mujur abah aku bantu suami aku (tempat kejadian dah dekat dgn rumah). Sebab dia takleh gerak. Di hospital, adik lelaki aku pun ada sama. Aku tak dapatla nak pergi... Dok umah jaga baby dan kejap2 sms tanya kabar biter. Syukurlah tangan tak patah dan hanya bahagian atas tumit je kene jahit.

Motor suami aku, hemmm mmg agak teruk. Ohya...bangla 2 org tu; cedera teruk gak... kepala dorang cedera... suami aku cuma nampak kepala dorang berbalut... dan maybe dorang tu PATI sbb pihak hospital tanya nama dan lain2 tak jawab sepatah haram pun... hemm kesian gak...

Petang semalam pulak, makcik aku (adik arwah mak) yang dipanggil Bibik call kata anaknya sedang kritikal di hospital seremban. Dia tak sedarkan diri dan jantungnya semakin lemah. Sian bibik aku, sebak2 dia bercakap... Kebetulan plak malam ni mak mertuaku yang ada di rumah sejak isnin malam selasa aritu tiba, nak ke utara pula. Suami kene hantar ke bus stand, bas gerak kol 10pm. So, aku bgtau adik aku, angah... sib gak dia lapang dan berada di hospital sehingga jam 2am! huhhh....

Dan pagi tadi lam pukul 4am lebih aku tersedar dan dpt msg bahawa sepupu ku itu telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Arwah sempat menikmati hidup di dunia ini hanya selama 23 tahun. Mudah2an bibikku tabah menghadapi satu lagi pemergian org tersayang dalam hidupnya selepas arwah ibuku.

Bulan september ni juga aku bekerja hanya 10 hari je.... huihhh.... check2 baki cuti tinggal sikit dah pun....tah dapat bawak ke pencen tah tak...

Thursday, September 15, 2011

Kad raya spesel

Kad raya yg aku terima ni (sblm raya aritu... ni kes citer lama yg lambat hapdet) mmg spesel sesangat... mana taknya.... my lovely son Luth yang bagi... tulis sendiri tu...(tulis aje le...)..tapi sekurang2nya aku dapat kadraya dari anakku...ohh so sweetttt.....

kad raya yang sangat kalerful... ohhh Luth mmg suka warnakan bende kaler2 camnih...

Tulisan tangan tu yg mahalnya...
Love u my son!

Wednesday, September 14, 2011

Selamat kembali bekerja dan eksiden

Semalam, 13hb Sept. adalah hari pertama aku mula kerja setelah 2 minggu cuti raya. Cuti raya jek bukan cuti beraya....hehehe.... maklumle kan, kampung jauh nunnn di Tawau, masa ni bley la nak cuti lama2... taun depan Luth dah masuk sekolah rendah, takkan dia nak kene ponteng sekolah lama plak kan??...Ni pun dia ponteng sekolah 3 hari... tapi bukan pontengla...kalo ponteng maknanya cikgu tatau, ni cikgu dia tau...hu huu...

Hari pertama masuk keje, semangat utk mulakan kerja (labwork atau tulis paper) agak selo le kan.... kene selak itu selak ini; tgk pe bende yg nak kene buat...

Balik keje, jalan pun takle se'jem' bulan pose dulu.... TETAPI...haaa ni mula nak marah ni, elok je aku berhenti di lampu isyarat (kat bukit tu); tetiba....dummm!!! cesssss kete blakang langgar la plakkkk....aduiii hanginnn...hanginnn.... Rupa-rupanya, bukan kete blakang aku tu yg salah, kete kat blakang dia yang CUAI giler.... yang terlibat seme pompuan... aku dan minah blakang aku tu (Kete Viva elite-baru lak tu WVF ****) dgn segera turun kete dan pegi ke kete blakang tu; kete Mini BAE **** . Dengan nada geram rase macam nak hempuk org:"kenapa laju sgt??? tak nampak ke kete depan, kat trafik light ni?" Pemandu BAE dgn muka rileks jawab; " saya tak bwk laju....tak pasan kete depan?" "Laaa....dah trafik lite ni kan, takkan tak nampak kete depan?" " saya tunduk amik barang...." rase nak menangis je dengar jawapan selamba dek dia tu......*^&%%^$%$#%&^%^....... aduiii bley plak ko suka suki tunduk amik barang, bistu kete depan ko tak kisah plak??? kalo tak laju takkan sampai 2 bijik kete ko sondol???...eeiiii..... mmg aku geram tahap ape pun aku tatau....

Kebetulan lampu trafik dah ijau segera kitorang drive ke stesen minyak Esso yg berdekatan... minah BAE call laki dia, minah viva WVF call ayah dia....dan aku call ayah dan laki aku...hehehe.... kete aku takle teruk, bumper tu kemek la... tapi dah cacat camtu nak kene tukar gak la kan??? nak pi wat polis report, kene pi balai polis kajang...dlm time 5.30pm ke atas camtu ko nak pi balai polis kajang???? hahhh.... malam nanti la ko sampai umah!!! memang nyusahkan org sungguh!!! Intan berlian ape tah jatuh lam kete sebok nak amik....hiissshhhh...

Sib baik gak polis report boleh dibuat lam tempoh 24 jam maka, pagi tadi la aku pi balai dgn hubby aku... lagi satu masalah, nak claim insurans org tu, kene anto bengkel... kete kene le tinggal sbb peg penilai insurans nak tgk krosakan pada kete dan amik gambo.... ntah baper lama nak kene tinggal tu.... tensen betol makcik!!!! Rosak sket jek.... tapi tu la kan, kita minta dia bg cash je... of coz la dorang takmo kan?..Kalo aku pun takmo bg cash.... sebab aku benci bende2 camni berlaku atas kecuaian yg takleh diterima oleh akal aku; sblm aku blah semalam, aku bebel2 gak la kat suami dan minah BAE tu... siap bagi nasihat lagi soh berhati2 lenkali...... huhh dugaan dugaan.... kene byk2 bersabar!

Thursday, August 25, 2011

Selamat hari raya Aidilfitri 1413H

Selamat hari raya buat semua..

Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilindungiNYA selalu. Berhati-hatilah di jalanraya, jangan tergesa-gesa pulang ke desa.... tak lari de kampung korang tu... Aku? Aku seperti biasa la pulang ke kampung hubby naik belon... rasanya drebar belon tu tak bawak laju kan?... hehehe....

Maaf Zahir dan Batin!

Tuesday, August 16, 2011

Posto... posto.... opss... sorry! not at home.

Pagi semalam dikala mata dok mengecil membesar (kes ngantuk giler) terima satu panggilan telefon. Walaupun nombor tidak diketahui yang naik (kalo kat rumah aku abaikan no yg tak dikenali, kat ofis takut supplier call), aku jawab le jugak. Ehh terkejut plak makcik bila yang call tu incik posmen. Ehh posmen kol aku?? Ye betoii jangan tak caya. Dia nak hantar bungkusan tapi kat rumah takde orang. Aku tgk jam dlm kol 11 am... Haaa padanle pun, abah aku pi amik anak aku kat sekolah (bulan pose lik awal). So, aku ckp kat abg posmen ni bleh tak tolong dtg kejap lagi ke??... Dgn nada berhemah, dia jawab, dia ada byk surat nak dihantar, tapi takpela dia try dtg petang sikit.... wohooo....baiknya la brader posmen ni! Kalau seme posmen di seluruh Malaysia sebagus brader ni mmg takde surat/bungkusan ilang atau tak sampai ke tangan penerima, rite?... Dan dekat kol 1pm, bungkusan tu telah selamat sampai ke rumah aku.... Terima kasih abg posmen poslaju. :-))

Friday, August 5, 2011

Macaroon idamanku di bulan puasa

Sana sini, seme tempat yang aku pergi (dlm blog le hehehe) seme sebut macaroon macaroon (sebutan dia makarun kan?)... apa bende tuh? Aku dok tengok gambar je... bila jumpa blog yg buat makarun, dorang kata takleh deliver by post nanti dpt serdak aje...ishh frust betoi!

Pegi kedai kek kat sini, tanya la tak buat ke mende alah ni; org tu kata penah buat tapi skrg dah tak buat... lerrr....awat tak buat? Bila la aku leh dapat rasa macaroon ni... sib baik masa peknen dulu tak ngidam... ye aku tau kalo pi kl tuh, sure byk je jual kat soping mall yg beso2 tu... tapi dah berabad dah aku tak pi soping mall ni melainkan di alamanda... situ ada ke? Tah, tak jumpa pun!

Tapi, bulan ramadhan ni, dah rezeki aku akhirnya bertemu dengan idaman hati ni... tak sangka le plak kat bazar ramadan sini (area kompleks pkns bangi) ada plak yg jual macaroon ni.... 3 ketui lime hinggit! tak kisah la... dah lama aku cari, kene beli gak...

Ni le dia macaroon strawberry cream....

Close-up..hehehe..

Pe rase dia? Uihhh giler manis cik macaroon nih.... tapi cream dia tengah2 tu mmg le sedap! Cuma utk penghidap diabetes dilarang sama sekali la mencuba...gerenti naik mendadak paras gula lam darah... sape tak suka bende2 manis ni, agaknya mesti takleh nak makan seketui walaupun dia kecik je...

Pape pun ..... aku suke.... nanti leh beli lagi....

"Selamat menyambut Ramadhan. Semoga ibadat puasa dan ibadat2 yang kita lakukan di bulan ini mendapat keberkatan dari Allah swt.... "(versi terlewat ucap)

Wednesday, August 3, 2011

Emmir ikut muka sape?

Yeaaaa..... adil.... ikut muka mami dan dadi....hehehe.....

Friday, July 29, 2011

My Little Emmir

Budak kecik yang bulat ni dah 4 bulan 6 hari pada ketika ini. Bodynya menten bulat... geram betul menengoknya.... Emmir pun dah pandai gelak2 bila agah2 dia... feberet dia, suka telek jari jemarinya yang syembam tu.... kira apa la agaknya tah.... kira umur dia kot?... Sekarang, atok yang jaga Emmir dan abang2nya.... Atok sekarang dah jadik Supertok atau Mr Mamatok...hehehe....

Ni gambar paling latest.... diambil pada 28 Julai 2011
Ehhh terselit le plak abg Qhaliff...hehehe

Huhhh.... sedap tol dia tido.... ni masa 3 bulan lebey..errr baju tu nampak dah mcm sarung nangka je kan???

Syyyyy..... takmo la nangis Emmir.... mami amik gambo jaappp je....

Hahaha.... ni namanya tido dalam imannnn......

Yang ni umur 3 bulan kalo tak silap..

Emmir 3 bulan

Emmir dan abg Qhaliff

Monday, July 25, 2011

Keadaan roh di bulan Ramadhan

untuk dikongsi bersama...

Menurut satu hadith Rasulullah.... menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

(catatan di atas adalah petikan dari beberapa buah blog. Bukan tulisan asal)

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibuku...dan semoga roh ibuku antara yang diizinkanNYA untuk pulang ke bumi di Ramadhan yang mulia ini"

Red velvet oh red velvet

Ohh sedapnya la kek nih... lepas mkn yang ni, ada beli yang cupcakenya plak....sepotong kek ni rm5.50 dan cupcake red velvet RM3.50... semalam ingat nak beli lagi tapi dah abissss... nih kalo tempah sesaja nak mkn best gak ek.... Yang 1kg RM55.oo...puas ati makan tu... buat sendiri? Aahh tak kuasa la...skrg ni mood tuk baking2 dah ilang...

Tuesday, July 19, 2011

Mana nenek?

Dua minggu yang lalu, bila jenazah mak selamat dikebumikan, anakku Eimran terus tanya pada Tie N; "mana nenek?" Tie N pun jawab: "nenek bobok dalam ni (sambil tunjuk arah kubur)". Tak semena-mena wajah Eimran berubah dan bergenang airmatanya... Padanlah waktu tu aku tengok suamiku dukung eimran dan bawa jauh sikit dari situ, suami aku pun terasa hiba dengan situasi begitu.. Semasa hayatnya, nenek memang suka sangat layan dan sakat eimran...boleh dikatakan eimran ni kesayangan nenek.. tapi pada masa yang sama eimran la kerap kene bebel dengan nenek... ada masa kene jugak dengan cubitan nenek... mana taknya; nakal sangat eimran ni... selalu buat nenek naik 'hot'! Terngiang2 aku mak panggil eimran "adik nenek...oo adik nenek... mana adik nenek" (dulu kami panggil eimran, adik... sebelum qhaliff lahir). Bila Qhaliff dah lahir, kami mula panggil dia Eimran. So, bila nenek panggil dia adik, dia memang buat selamba dek je... kdg2 dia menjerit; "ewan laaaaa..." (sebab pelat, eimran jadik ewan..). Mak pernah cakap, "nakal-nakal eimran ni nenek sayang dia... mana taknya dari lahir sampai skrg nenek jaga dia...bela dia..." Mungkin sebab tu juga emosi Eimran agak terganggu sikit selepas neneknya dikebumikan...

Esoknya bangun pagi, buka2 mata je terus dia tanya aku; "Mami, mana nenek?" Aku jawab, "nenek dah takde... nenek bobok lama.." Pastu eimran tanya lagi, "nenek bobok dalam pasir?" (pasir tu dia maksudkan kubur la tu). Aku mengiyakan je... Dia tanya lagi, "nanti nenek peluh nanti dalam pasir?"... Ehh tinggi plak imaginasi budak ni, aku jawab; "taklah... kan semalam ramai org siram air atas pasir kan? eimran siram tak? nanti nenek sejukla... tak peluh..." Pastu ada lagi soklan dia; "mami, ada papan tutup tu... taknak bg cicak masuk ke?" Aku pun tak reti nak jawab dah, " aaaa.... ye la tuu..."

Esoknya lagi dia tanya lagi;
Eimran: mami, nenek mana?
Aku: kan nenek takde...nenek bobok lama...
Eimran: bobok dlm pasir?... nanti mcm mana nenek nak keluar?
Aku: nenek tak boleh keluar...nenek duduk situ je sampai bila2 pun....
Eimran: muka tgh berpk....

last...tengah dia main2 tiba2 plak dia ckp...."haa nenek ckp, jangan gaduh2...."...aku tanya dia nenek ckp dgn eimran ke?...dia kata a'aah.... lepas tu tiap kali dia main2 ke ape aku mesti ckp kat dia mcm tu... Aku agak dia terasa tu nenek takde...maklumla dulu riuh je rumah dgn suara mak.... skrg senyap je.... rindu sangat2 dengan mak!

Ibuku..... pergi selamanya.... part 4 -end

Setelah mesin 'hayat' tu tak lagi disambungkan pada mak, dan bila bunyi monitor tu dah mendatar.... tau lah aku mak akan pergi jua.... kami adik beradik berada di hujung katil dan abah masih mengajar mak mengucap... akhirnya tiada lagi degupan jantung mak. Aku yang tak tahan menanggung sedih cuba ditenangkan oleh adik2 ku yg memeluk aku walaupun mereka sendiri pun mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Walaupun mak pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya... tapi aku bersyukur kerana mak pergi agak mudah dan secara mata kasar, mak tidak sakit apa2 sebelum pergi. Mak pergi dalam tidurnya yang panjang... (ketika itu pukul 1 ptg).

Sebelum mak pergi, rupanya mak beri peluang kepada 2 orang anaknya yang tinggal berjauhan untuk menemaninya; malam pertama angah jaga..malam kedua boy jaga mak. Dan mak juga tunggu lengkap anak2nya serta suami berada di sisi baru la mak pergi.... mujur aku, nini dan boy sampai tepat pada waktunya hari itu... syukur alhamdulillah Allah izinkan kami berada di sisi mak buat saat yang terakhir...

nak ikutkan aku nak tunggu hingga jenazah mak dibawa balik ke bangi tapi memandangkan baby Emmir dah nangis kat rumah, terpaksa aku balik... kami sekeluarga dah sepakat supaya jenazah mak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan di surau sahaja. Di surau lengkap dengan semua kelengkapan mandi jenazah, kalau buat kat rumah nanti tercarik2 plak nak itu la ini la... nanti kalo mandi dkt laman rumah, sure nak pasang tirai dulu la...mcm2 la... Mak pernah bgtau, kalau org yang dah mati, seelok2nya dipercepatkan segala urusan... tak payah tunggu2... tak baik untuk jenazah tu... Disebabkan itu jugala aku ingin segala urusan jenazah mak dipercepatkan.... rakan2 ramai bertanya bila kebuminya... tapi masa tu sukar nak jawab sbb selepas meninggal, jenazah akan dibawa ke bahagian forensik untuk urusan dokumen. Dlm kes mak aku, bedah siasat tidak dilakukan.

Lebihkurang pukul 3pm, urusan di forensik selesai. Sementara itu, ahli keluargaku di hospital menunggu van jenazah tentera... sbb beberapa org bgtau abah aku, van jenazah hospital takut lambat sket atau maybe tiada masa tu so, mujur la adik aku tentera dgn segera la dia hubungi pihak berkenaan. Di rumah, sedara mara ada yang dah tiba dan jiran2 serta rakan2 arwah mak kebanyakan semua dah pun menunggu di surau An-nur. Aku dan suami tergesa2 setelkan anak2 kami, bagi susu, tukar lampin dan terus ke surau. Aku tak mahu ketinggalan untuk mandikan jenazah mak. Itulah 'bakti' terakhir utk kami lakukan utk mak.

Alhamdulillah hampir pukul 4pm jenazah tiba di surau dan 2 orang ustazah mengepalai urusan mandi dan kapan jenazah. Kami 4 beradik turut serta membantu begitu juga dengan bibik (adik mak). Selesai mandi, 2 orang sepupu aku turut membantu, kak Ngah dan kak Laili (mak pernah jaga mereka masa kecik2 dulu). Selepas selesai semua, kami berpeluang utk cium mak buat kali yang terakhir... ntah kenapa ketika mandi, kapan dan ketika mengucup wajah mak, aku dah tak boleh nak nangis dah... aku cuma ingin tatap wajah mak buat kali terakhir puas2.. alhamdulillah wajah mak tak kelihatan pucat tetapi kelihatan bersih seperti sedang tidur dengan lenanya.... suamiku dan anak2ku tidak berkesempatan untuk melihat dan mengucup mak.... rupanya suamiku terpaksa bawak budak2 ni duduk dlm kereta sebab lasak sangat... bila suamiku tiba, wajah mak telah siap ditutup.

Urusan mandi mak tadi selesai pada waktu azan asar berkumandang. Selesai semua urusan, jenazah dibawa ke kawasan perkuburan baru BBB. Disebabkan qhaliff dan baby emmir tidur, aku tunggu je dlm kereta... Suamiku membantu urusan pengkebumian dan dapat juga suamiku melihat wajah mak buat kali terakhir. Luth dan Eimran saksikan sendiri pengkebumian nenek mereka tanpa berganjak sikit pun. Aku hanya melihat dari jauh dari dalam kereta. Baik pulak emmir hari tu, dari rumah sebelum ke surau dan sehingga tamat pengkebumian dia tidur dengan selena-lenanya... rakan2 di surau siap bgtau masa tidur dia asyik tersenyum2.... agaknya nenek 'mengusik'nya kot....

Bila siap baca talkin semua, baru aku keluar untuk mengambil peluang menyirami kubur mak dengan air mawar. Itulah kediaman mak kini. Bukan lagi bersama kami. Tiada lagi ibu dlm keluarga kami, ibu yang sentiasa mendoakan anak2nya... yang sentiasa memberi sokongan dan yang segala-galanya.... tiada lagi doa dari seorang ibu buat kami... kini kami akan sentiasa doakan buat ibu kami agar roh mak di sana sentiasa dicucuri rahmat dan dipelihara Allah swt.

Al-fatihah buat mak yang dirindui selalu.....

Friday, July 15, 2011

Ibuku....pergi selamanya...part 3

6hb Julai - Rabu....

Harini adik aku bgtau condition mak dah teruk sebenarnya... doktor tunjukkan imej imbasan dari CT Scan, lebih dari separuh otak kanan mak dah rosak...meaning dah tak berfungsi!! Saraf tunjang mak juga dah rosak... Ya Allah.... Allah saja yang tahu mcm mana perasaan ku ketika itu... mak.... kesian mak.... doktor kata tu disebabkan oleh jantungnya...memang mak ada problem jantung.... injapnnya sempit... tahun lepas mak ada bgtau, doktor sarankan supaya buat operation tapi mak tak decide lagi.... tapi mak mcm lebih takmo operate...mak ada bgtau aku, kalau dah nak mati tu... mati juga.... mak,makk....

Adik aku citer, malam tadi masa jaga mak, ada certain time mata mak berkedip bila angah cakap2 sesuatu....dan ada masa airmata mak mengalir... rupanyaa....itu la last mata mak berkedip.... masa aku dtg melawat mak tengahari, ada juga mak mengalirkan air mata....tapi selepas dari tu..... bila adik lelaki aku plak jaga mak malam tu, takde dah kerdipan maupun air mata mak keluar..... bila boy bgtau mcm tu (dlm sms masa tengahmalam....aku susah nak tido dah sejak dari mlm tadi)...aku rase risau juga.... kenapa dah takde respon??? Tido malam tu aku ada terjaga sekitar pukul 4am... masa tu ntah kenapa aku rase sejuk sangat2... aku ingatkan aircond masih on...tapi aku dah off.... hujan pun tak...nak ikut panas tapi aku terasa keadaan sejuk yg menyucuk tulang.... masa tu pun aku rasa lain macam tapi aku malas nak layan.... aku doakan mak akan sedar dan sembuh.... semoga Allah memelihara ibuku...

7hb Julai - Khamis......

harini aku plan nak lawat mak tengahari dan kalo leh petang gak... petang2 besenye sedara mara dan kawan2 mak/abah ramai datang... ye la time org balik keje.... so, tengahari tu aku siap2kan bagi anak2 aku seme susu, dan minta dadi jaga dorang jap... aku pegi dengan nini...cam biasa kalo lunch time parking memang susah.... keluar je dari kete, tetiba plak pangkal peha aku sakit...ishh dah la orang nak cepat, sakit plak kaki ni.... tak dpt aku nak jalan laju.... tapi dah masuk dlm bangunan tu aku pun dah tak perasan kaki aku sakit lagi ke tak... sampai2 kat wad, aku tgk kain langsir ditutup dan keadaan lain macam....cepat2 aku pegi dekat mak....

Aku tanya doktor " Kenapa doktor?" Doktor tu jawab, "Dah hampir tiba masanya..... ajarlah mengucap..." Aku pe lagi....mula dah nangis.... dan aku pun perasan mesin hayat tu dah stop... dah tak berfungsi dah..... Abah ajar mak mengucap...kemudian aku....pastu adik lelaki ku.... dan kemudian abah....lastt..... doktor kata.... mak takde dah!! Ya Allah.... mak aku dah pergi.....makkkkk..... tersedu2 aku nangis tapi aku tahan takmo kuat.... mak pernah pesan jangan menangis depan jenazah lelagi kalo tersedu sedan.... ku kucup dahi mak...pipi mak.... juga tangan mak buat kali terakhir..... rupanya mak pergi juga....

ahh nantila ku sambung..... airmata ni laju je mengalir.....

Wednesday, July 13, 2011

Ibuku...pergi selamanya...part 2

Hari Selasa 5hb Julai........

Pagi tu macam biasa la aku bersiap nak pi keje.... lepas cuti bersalin ni, aku dah setat pi keje awal sket.... sblm bersalin aku pi keje time org lain pun bersesak2 nak pi keje; sampai ofis pun kadang ngam2 kol 8 kadang tu merah dah.... tapi merah ke itam ke takde pape pun.... boss ok je... so, lepas bersalin ni aku kene pi awal sbb nak punch card dah tak pakai card yg perlu di punch... kene pakai jari plak; scan jari! nyampah tol aku guna jari ni....

Berbalik ke citer tadi; sedang aku bersiap2, abah panggil: " Long... mak tak sedar la dari malam tadi..." "Hahhh??"... terkejut gak aku, terus aku berlari ke bilik mak... aku tgk mak terbaring tak sedarkan diri ...mcm mana dia tido malam tadi, mcm tu la dia pagi tu.... Aku terus ckp abah aku supaya kol ambulans.... minggu lepas ari Jumaat mak mcm tu gak, tapi lam setengah jam, dia sedar semula....ni dari malam tadi????? Aku berkali2 kejutkan mak aku tapi takde respon.... nafas macam biasa tapi degupan jantung mcm laju je.... lepas tu aku dan adik aku; Tie N tukarkan baju mak dan lap2 dia.... sambil tu aku dok berselawat dan beristighfar...aku berharap mak akan sedar.....

Ntah kenapala nak amik masa kol ambulans.... abah aku kata, tunggu boy (adik lelaki aku) sampai la.... sblm tu aku dah kol adik aku yg lagi sorang, Tie Ngah @Uta.... Disebabkan abah suruh tunggu, aku sempat hantar anak aku ke tadika dulu...sampai2 je rumah aku terus tekan nombor 999.... agak lambat sket la panggilan aku berjawab.... dapat2 je, mcm biasa (aku pernah kol 999 masa kes budak tersepit eskalator dulu) dia tanya identiti kita dulu, lepas tu baru dia sambungkan kita ke hospital berdekatan... lagipun aku dah mention hospital serdang. Bila talian dah disambungkan ke hospital, kene soal jawab lagi... lepas tu baru le diminta alamat rumah.... lepas tu, operator tu tak bg letak tepon lagi....dia suruh kita bgtau keadaan pesakit kat dia... lepas tu mcm2 lagi dia tanya; pesakit boleh bernafas ke tak? demam ke? ada darah tinggi ke? ada lebam2 pada tubuh badan ke? dan ape lagi aku pun dah tak ingat.... then dia bgtau ambulan dah diuruskan dan dlm perjalanan... legaaa aku dengar.... lepas tu ada panggilan dari unit ape tah tapi dari hospital kot.... operator tu tanya area umah aku ni apa landmark yg mudah dikenali... pastu tak sangka le plak dia sebut area restoran tomyam bbb ke?...haaa elok la sgt operator tu tau....dia soh sesapa pi tunggu ambulan area yg mudah nampak, so nanti takde le ambulans tu tercarik2 rumah... aku dengan segera idupkan enjin kete pi tunggu depan restoran tu.... aku tunggu pun kejap dok luar kete kejap masuk kete, kejap bukak pintu kejap bukak tingkap....dah tak keruan dah.... mana laaa ambulan ni.... tapi tak sampai 10 min pun aku dengar siren.... aku nampak je ambulan tu naik atas bukit tmpt aku menunggu, aku terus lambai2 suruh follow aku....

Sampai umah, beberapa org jiran dah ada sama kat umah tgk mak... ada sorang paramedik, sorang nurse dan drebar lam ambulan tu....dorang check mak pastu tanya sket2 perihal mak dan bwk mak naik ambulan... abah aku ikut sama dan adik laki aku follow dgn kereta dari belakang... kebetulan Tie Ngah mmg dah nak sampai umah masa ambulan lalu tapi dia tak dapat nak kejar ambulan tu...jadi, dia terus ke hospital serdang tunggu di sana... aku tak dapat ikut memandangkan ada baby...

Sampai hospital mak dibawa ke bhgn kecemasan dan dipantau di sana... lama gak...ambulan sampai hospital lam 9am lebih.... dok dekat kecemasan tu sampai petang.... tak silap kol 4pm lebih baru ditempatkan di wad... tapi mak masih dalam keadaan koma...mak ditempatkan di wad 7B, katil 18... mak patut dimasukkan ke wad kelas 1 tapi doktor yg minta diletakkan di wad 7B tu sebab katil mak betul2 depan meja nurse...senang dorang nak pantau.... ok la takpela tu....cuma bila wad 3 tu besela, open dan takde privacy...

Bila mak dah masuk wad biasa, mujur gak minggu ni hasben aku shif malam...jadi aku bolehla pi hospital sementara bebudak ni dadinya jaga jap...Mak2 sedara dari Jerantut pun ada gak... Sampai hospital, dah ramai org dtg lawat mak... Ya Allah.... terkejut gak aku tgk mak penuh dengan wayar dan tiub....satu tiub kat hidung, satu kat mulut.... sampai2 je aku terus cium mak dan berbisik pada telinga mak yg aku dah sampai... mengalir airmata aku tengok keadaan mak... Aku bgtau mak aku tak bawak anak2, dadi dorang jaga... lepas tu aku baca Yassin tuk mak... masa tu aku cuma berharap mak akan sedar semula.... masa tu juga aku rasa tak sanggup kehilangan mak....

Bila dah hampir habis masa melawat, aku bisik kat telingan mak; ampunkan segala dosa2 ku.... masa tu, terkejut sungguh aku tetiba mata mak berkedip!! Ya Allah, mak dengar apa yg aku ckp ke?? Masa tu aku rasa mak boleh sedar...mak bleh sihat mcm biasa.... Lepas dari tu, doktor datang, dia nak amik darah mak...dia minta tolong salah sorang ahli keluarga bantu dia... heran gak aku dengan doktor ni suruh org biasa plak bantu dia... tak kisahla, aku sedia membantu... masa dengan doktor tu, aku tanya "Doktor, mak saya ada harapan tak tuk sembuh balik?" Doktor lelaki muda tu jawab," Sejujur jujurnya... saya bgtau ye.... memang takde harapan... Biasanya pesakit begini kalau bertahan pun ambik masa yg lama dlm keadaan mcm skrg ni dan kemudian akan pergi.... tapi tu semua kuasa Allah kan..." Pastu doktor tu sambung lagi; "kalau dia sedar, dan tak lagi bernafas dengan bantuan alat pernafasan tu, dia akan lumpuh satu badan..." Ya Allah.... aku sebak2 dah rasanya..... Bg aku tak kisahla asalkan mak boleh sedar, boleh bernafas sendiri.... Doktor ambil darah kat pangkal peha...beso lak tu jarumnya.... 2x amik kat belah kanan tapi tak berjaya.... lepas tu beralih belah kiri, mujur dapat.... aku tgk masa dia cucuk yg 1st time aduhhhh sakitnya.... mesti mak rase sakit....kesian mak.... aku tanya kenapa tak ambik kat lengan je macam biasa, katanya sbb nak amik banyak.... kalo sikit bolehla amik kat lengan..... Sebelum balik, sekali lagi aku cium mak....rase taknak je tinggalkan mak, nak tengok je mak smpai mak sedar.... malam tu, tie Ngah yang jaga mak...abah aku kene balik rumah sbb dari mlm tadi pun abah tak tido sbb jaga mak.... makan pun tak seberapa tadi.... nanti lain plak jadinya.....

Balik rumah, aku tak tahan dah....aku nangis sambil tunjuk gambar mak kat hospital pada hasben aku.... kami semua berdoa agar mak akan sembuh!!

Monday, July 11, 2011

Ibuku...pergi selamanya.....part 1

Aku masih takde mood nak berblog walaupun aku rase byk bende aku nak taip di sini...nak je aku share semua citer tapi tunggu la sok sok... Aku rase masih susah nak percaya aku telah kehilangan ibu yang sangat ku kasihi pada tanggal 7hb Julai 2011... di hospital serdang. Aku rase macam ibuku cuma keluar pergi rumah sedara...bermalam 2-3 hari dan kemudian balik ke rumah.... tapiii.... ibuku tidak akan kembali....perginya buat selama-lamanya.... Bagaimanapun aku 'gembira' kerana doaku dimakbulkan Allah bila ibuku menghembuskan nafasnya yang terakhir pabila kami adik beradik serta ayahku berada di sisi. Semoga Allah merahmati roh ibuku dan tempatkanlah ibuku di kalangan hamba2Mu yang beriman.

Monday, July 4, 2011

Lamanya tak update...

ohhh baru perasan last update 13 Jun??? aku rase baru lam minggu lepasss jek.... adoiii lama giler tak update.... tapi mmg selalu bukak blog ni sb nak tgk blog2 org lain yg ada lam list aku ni...tak pasan plak dah lama terbiar 'umah' ni...hehehe...ada gambo baru...malas nak upload je...takpe takpe... sok luse aku letak ek.....

Wednesday, June 29, 2011

Apa dah jadik????

Kejadian ni berlaku pada hari ketiga aku kerja selepas 3 bulan cuti panjang. Sungguh la hampeh... kerana seketul paku (beso gak le paku tu), tak pepasal le aku kene tuko tayar. Tapi hikmahnya; tayar aku ni pun dah 'haus' dan mmg patut kene tukar... Huhhh mujur kene kat kawasan ofis, bukan time drive laju kat hiway.... kalau tak???? Syukur alhamdulillah.....

Bila bende mcm ni berlaku, kene la panggil AAM.... aku dah lama jadik ahli... mmg AAM dah banyak bantu aku... hehehe... mcm promote plak. Ada satu kejadian dulu (hasben aku yg kene), kete kene tow dari PJ ke Bangi... bayangkan kalo bukan ahli? Mau ratus2 RM melayang2....